Bagaimana nak ke Genting Highland ???



GENTING HIGHLAND MALAYSIA





Cable Car at Genting Highland Malaysia


Genting Highland  merupakan tempat pelancongan  yang sangat popular di Malaysia. 

Nama Genting Hingland tidak asing lagi menjadi sebutan para pelancong di dalam dan diluar negara.

Sesuai untuk membawa keluarga tercinta dan sahabat anda untuk datang bercuti dan membeli belah di atas sana serta menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Selain udara nya sangat nyaman, sejuk dan berkabus. 


@Genting Hignland

Izinkan saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu... Nama saya Muhammad Hafiz b Abd Halim.boleh call saya Hafiz sahaja.

Diruangan blog saya ini, saya nak ceritakan tentang bagaimana nak ke Genting Higland menggunakan "public transport". 

Bagi yang tiada kenderaan sendiri nak menuju ke sana boleh rujuk blog ini.


GENTING HIGHLAND FROM KL SENTRAL



Transit map in KL (LRT, MRT MONOREL, KTM, RAPID KL )

Benda pertama anda kena download gambar transit map in KL.

Pilih your starting point LRT /MRT /KTM untuk menuju ke KL SENTRAL. 


Saya guna LRT Lembah Subang Ke KL Sentral


Bila dah sampai KL SENTRAL anda boleh belikan tiket bas from KL sentral to Genting.  Kalau tak jumpa kaunter beli tiket bas anda boleh tanya polis bantuan atau information kaunter dekat KL SENTRAL tu lagi senang, sebab KL sentral luas nanti pening anda nak cari.

Tanya je abang polis....  mana tempat nak beli tiket bas ke Genting... nanti abang polis tu tunjuk arah... kaunter tiket tu bawah tanah.... memang x jumpa la cari kalau x tanya. 





Perkhidmatan bas yang disediakan khas dari KL Sentral direct ke Genting Hingland

Harga tambang hanya RM4.00 sahaja sehala murah sangat sangat (KL SENTRAL - GENTING) 

saya syorkan anda guna bas warna merah yg ada tulis " go genting resort world"  sebab harga bas tu RM4 sahaja sehala.kalau bas lain saya tak tahu berapa harga tambang..



IKLAN !!!

IKLAN !!!



IKLAN !!!

IKLAN !!!


Perjalanan dengan bas dari KL SENTRAL ke Genting mengambil masa lebih kurang 45 minit sahaja.  

Semua perkhidmatan bas akan tiba di stesen bas Genting Highland (dipertengahan sahaja. bas tidak naik sampai ke puncak genting.) 


Setelah sampai di pertengahan Genting Highland anda boleh menggunakan CABLE CAR untuk menuju ke puncak.







Turun sahaja bas anda terus ke level 4 untuk beli tiket cable car... kalau nak ronda ronda dekat situ dulu pun boleh sebelum naik ke puncak. Sebab dekat situ pun bermacam macam kedai untuk shooping..  pelbagai jenama butik ada deat situ.. nak makan makan dulu pun boleh sebelum gerak naik ke atas.


Bila dah sampai level 4.... disitu ada kiosk layan diri untuk beli tiket, beli tiket cable car guna mesin auto. 

Harga tiket RM8 sahaja sehala,  anda kena beli siap siap tiket cable car pergi dan balik hanya RM16 sahaja (tiket pergi balik) 


tiket dah print out...apa tunggu lagi... pergi beratur laa nak naik cable car.. 

beratur ikut turn nanti pekerja dia panggil untuk masuk dalam cable car tu... 






Sepanjang perjalanan anda boleh tengok keindahan alam yang cukup indah. Pemandangan berkabus sejuk lagi. Enjoy your view .... tengok pemandangan sekeliling.. memang best !!!!!

Stanby hanphone untuk selfie lepas tu uplod dalam facebook..hahaha


Sepanjang perjalanan saya kalau tak silap ada dua check point sebelum sampai ke Puncak . 

check point pertama ada  kuil budha, kalau anda rasa nak turun ronda2 dekat situ pun boleh... kalau tak nak pun tak mengapa.   check point ke 2 saya x pasti. 

Bila dah sampai penghujung anda wajib turun untuk ronda ronda dekat atas. Bermacam macam kedai berjenama berbagai restoran ada dekat atas sana. Shooping laa sepuas puasnya ya.. 

Always remember every step u take it... sebab takut nanti sesat tak jumpa jalan nak keluar... dia punya shooping mall luas sangat... 



Ok setakat ini saja laa saya story perjalan ke Genting Highland menggunakan public transport. 


Enjoy your holiday !!!!




Comments

Popular posts from this blog

CARA - CARA MENGGUNAKAN CERMIN MATA TERAPI IBNUSINA

CERMIN MATA IBNUSINA ORIGINAL

Terkejutttttt !! 3 minggu Power RABUN turun